Drama bersiri Korea Selatan The World of the Married yang sedang tular di Malaysia telah dikritik beberapa pihak gara-gara seorang pelakon.

Pelakon tersebut ialah Lee Kyung Young yang pernah terlibat dengan kes pelacuran.

Lee Kyung Young memegang watak sebagai Yeo Byung Gyu, bapa kepada Yeo Da Kyung yang juga seorang ahli perniagaan dihormati.

“Korea ni tak ada pelakon lelaki lagi kah yang sama usia dengan Lee Kyung Young? Banyak lagi pelakon hebat malah lebih baik daripada dia. Perlukah saya menonton dia lagi?,” protes seorang pengguna laman sosial di Youtuhe JTBC.

Koreaboo melaporkan Lee Kyung Young terlibat dalam kes pelacuran pada 2002 dengan tuduhan memanipulasi dan mengeksploitasi seorang pelakon wanita bawah umur dikenali sebagai L, untuk melakukan hubungan seks.

Lee Kyung Young mendakwa tidak tahu L merupakan seorang remaja bawah umur sehinggalah mereka melakukan seks kali kedua.

Hasil perbicaraan, mahkamah mendapati Lee Kyung Young tidak bersalah dalam perbuatan pertamanya itu, tetapi disabitkan dengan kes pelacuran kedua dan ketiga dan telah dijatuhi hukuman 10 bulan penjara.

Lee Kyung Young bagaimanapun didenda membayar ganti rugi untuk menanggung kos rawatan psikologi L.

Dia turut digam dan muncul di layar untuk sementara waktu dan kembali ke dunia seni selepas hampir 10 tahun.