Artis Korea

Astro Raikan Ulang Tahun 25, Bawa KCON: TACT 3 Khas Buat Kpopers

Mya Amri
17/03/2021
15:03 MYT
Sempena sambutan ulang tahun ke 25, Astro memberikan hadiah istimewa buat pelanggan Astro untuk menikmati peluang eksklusif untuk strim siaran langsung festival muzik terbesar di dunia yang meraikan budaya pop dan hiburan Korea iaitu KCON: TACT 3.
Antara nama-nama idola popular yang terlibat adalah iKON, Hyuna, ITZY, Stray Kids, SUNMI, TXT, Kang Daniel, ATEEZ, BTOB, A.C.E, ENHYPEN, SF9, THE BOYZ dan ramai lagi.
Menariknya lagi, peminat juga dapat menikmati kandungan khas termasuk rakaman di belakang tabir yang memperlihatkan persiapan persembahan dari beberapa idola kesayangan kegemaran dan juga kandungan pra-rakaman terpilih yang menampilkan lebih daripada 26 artis serta selebriti K-Pop. Festival ini pernah dijalankan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Mexico dan Jepun.
Tahun ini, para peminat dapat menikmati pengalaman strim secara langsung persembahan 'jelajah dunia' di KCON: TACT 3 dengan selesa di kediaman anda.
KCON: TACT 3 akan bermula setiap hari pada 20 hingga 28 Mac 2021 dari jam 8 malam secara eksklusif di aplikasi Astro GO tanpa sebarang caj tambahan.
Semua rakyat Malaysia juga boleh memuat turun aplikasi percuma Astro GO dan padankan ke akaun Astro keluarga atau rakan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menghubungkan aplikasi Astro GO, lawati product.astro.com.my/astrogo atau lihat video ini.
Muat turun Astro GO sekarang dan strim KCON: TACT 3
Selain itu jangan lepaskan peluang untuk bertemu secara maya bersama pelakon Penthouse 2, Kim Young Dae.
BACA: Nak ‘Lawat’ Penthouse Jumpa Kim Young Dae? Inilah Peluangnya, Mudah Je!
Pertandingan yang diberi nama ONEderful Day with Kim Young Dae ini menawarkan peluang bertemu untuk secara tertutup bersama Kim Young Dae melalui sesi perjumpaan maya secara eksklusif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Hiburan

Di Sebalik Debut Solo Cha Eun Woo, Jelajah Bertemu Peminat & Perancangan Karier Sepanjang 2024

gempak
02/03/2024
13:55 MYT
Pada 24 Februari lalu, penyanyi dan pelakon Cha Eun Woo singgah ke Kuala Lumpur bagi menjayakan fan concert solo pertamanya, 2024 Just One 10 Minute (Mystery Elevator) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor
Artis Korea

#GempakTop2021: Hyun Bin, Son Ye Jin Bercinta, Dakwaan Kris Wu Perkosa 30 Gadis & Kim Seon Ho Tinggalkan Gilfriend Hamil

gempak
01/01/2022
14:45 MYT
Ini antara yang berlaku dalam dunia hiburan Korea sepanjang 2021
Artis Korea

BTS Suga Positif COVID-19, Lengkap Vaksin & Tiada Simptom

gempak
25/12/2021
04:56 MYT
Get well soon SUGA.
Artis Korea

Lakukan Penggambaran Aksi Lasak, Lee Da Hee Cedera Di Bahagian Leher

gempak
20/12/2021
13:18 MYT
Buat aksi sendiri untuk nampak real, semoga Da Hee cepat sembuh.