Penyanyi rap Korea yang dikenali sebagai naib juara dalam rancangan Show Me The Money 3, Iron dilaporkan ditemui mati di luar pangsapurinya.

Menurut Sport Kyunghyang, laporan polis menyatakan Iron ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan yang bertugas sekitar pukul 10.25 pagi, hari ini.

Iron kemudiannya digegaskan ke hospital berdekatan namun disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun buat masa ini masih belum ada lagi laporan mengenai punca kematiannya.

Untuk rekod, Iron sebelum ini disiasat oleh pihak polis atas dakwaan melakukan serangan fizikal terhadap individu bawah umur yang merupakan rakan sebiliknya dengan menggunakan kayu besbol pada Disember tahun lalu.

Selain itu, Iron juga didakwa atas tuduhan penggunaan ganja pada 2016, serta menyerang dan mengancam bekas kekasihnya pada tahun 2018.

Terdahulu, seorang lagi artis Korea iaitu pelakon Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia hari ini

BACA: Song Yoo Jung Meninggal Dunia, Foto Terakhir Sedang Tersenyum Jadi Perhatian Netizen

Sumber: Allkpop / Koreaboo