Pelakon Korea yang membintangi drama School 2017, Song Yoo Jung dilaporkan meninggal dunia.

Menurut laporan media Korea, Yoo Jung yang disahkan meninggal dunia pada Sabtu, 23 Januari 2021.

Bagaimanapun laporan eksklusif Maeil Kyungjae menyatakan, punca kematian aktres berusia 26 tahun itu masih belum didedahkan.

Dalam pada itu, foto terakhir Yoo Jung yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada 30 Disember 2020 menjadi perhatian netizen.

Foto tersebut merakamkan wajah Yoo Jung sedang tersenyum manis memandang kamera.

A post shared by 송유정 (@u_jjooung)


Menerusi ruangan komen foto berkenaan juga, netizen mengucapkan takziah buat keluarga Yoo Jung.

Upacara pengebumian mendiang bakal berlangsung di Pusat Perubatan Gangnam, Seoul dan proses pengebumiannya juga akan dilakukan hari ini.

Sebelum ini laporan mengatakan kematian Yoo Jung adalah disebabkan bunuh diri namun selepas tersebar, segala berita berkaitan dakwaan bunuh diri telah pun ditarik balik.

Sekadar info: Yoo Jung mula dikenali selepas muncul dalam drama terbitan MBC berjudul Golden Rainbow pada tahun 2013.

Yoo Jung kemudiannya membintangi drama Korea popular, School 2017 selain muncul sebagai pelakon utama dalam muzik video kumpulan K-Pop terkenal, iKON menerusi lagu Goodbye Road pada tahun 2018.