Kehadiran pelakon drama popular The World Of The Married, Han So Hee di acara karpet merah Baeksang Art Award 2020 menjadi tumpuan ramai.

Tidak perlu gaun meleret, So Hee hadir dengan menyarungkan balutan gaun yang sederhana tetap kelihatan cantik.

Gaun panjang berwarna coklat keemasan rekaan Alex Perry itu juga turut dilapisi dengan kain berwarna hitam menambahkan lagi seri keanggunan pemegang watak Yeo Da Kyung ini.

Bahkan gaun panjang dan elegan dengan tekstur sifon itu kelihatan begitu sesuai dengan susuk tubuhnya.

BACA: Penangan The World Of The Married Kim Hee Ae Dinobat Pelakon Wanita Terbaik, Ini Senarai Penuh Pemenang Baeksang Award 2020

Penampilan So Hee dengan gaun one shoulder itu dilengkapkan lagi dengan paduan gaya rambutnya yang dibiarkan terurai.




Sebaik sahaja tiba waktu untuk jurufoto merakamkan gambar, ternyata senyuman manis yang diberikan So Hee membuatkan netizen jatuh hati.

Di sini Gempak kongsikan foto-foto menarik Soo Hee di karpet merah.








Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU