Mengagumkan! Itulah ayat yang boleh diungkapkan apabila kesemua busana yang dipakai oleh kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS dalam muzik video Dynamite berjaya dilelong dengan harga paling tinggi.
Difahamkan harga lelongan ketujuh-tujuh busana berwarna pastel itu mencecah RM658,000 ($162,500).
Menurut laporan media Japan’s Oricon News, pakaian itu dibida oleh seorang usahawan Jepun, Maezawa Yusaku dan Youtuber popular, Hikakin.
Sesi bidaan itu dianjurkan oleh Julien's Auctions, berpangkalan di Beverly Hills, Amerika Syarikat.
Kesemua hasil lelongan amal ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan MusiCares.
Ia bertujuan untuk membantu karyawan-karyawan seni yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19 yang masih lagi melanda seluruh dunia.
Proses lelongan itu juga bakal didedahkan menerusi saluran YouTube oleh pembidanya tidak lama lagi.
Sebelum ini, BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook juga pernah menyumbangkan mikrofon peribadi mereka untuk dilelong dalam majlis kebajikan yang sama beberapa tahun lalu.
Sekadar info, single Dynamite berjaya mencipta sejarah apabila BTS digelar penyanyi Korea Selatan pertama tercalon dalam anugerah muzik berprestij, Grammy.
BTS tercalon dalam kategori Persembahan Duo/Kumpulan Terbaik.
Anugerah Grammy ke-63 bakal berlangsung pada 21 Mac ini.
Sumber: Koreaboo / Allkpop
Mya Amri
Wed Feb 03 2021


“Berat Lagi Masalah Negara” - Anak Nak Main Boling Dalam Kereta, Aksi Sharnaaz Ahmad Pujuk Jebat Jayden Mencuit Hati
Haha comel macam ni nak marah pun tak sanggup.

Isu ‘Lisa Blackpig’, Janna Nick Mohon Maaf
Janna Nick Mohon Maaf, isu Lisa Blackpig.

Sudah Lama Tak Balik Rumah, Polis Buru Lelaki Murtadkan Wanita Islam
Biar pihak berkuasa ambil tindakan.

COVID-19: 1,924 Kes Baharu, 18 Kluster Ditamatkan
Alhamdulillah ada kluster ditamatkan

“Sebab Dia Banyak Skandal”- Isteri Lan Solo Dedah Kenapa Lambat Kahwin
Isteri Lan Solo Dedah Kenapa Lambat Kahwin

“Mungkin Kurang Dekatkan Diri Dengan Tuhan” - Agnes Monica Ulas Soal Jodoh Tak Lekat
Jodoh pasti bertemu.

Sokong Vaksin, PU Rahmat Dihina & Digelar Ustaz Dajjal - "Saya Dah Block Berpuluh Orang Anti Vaksin"
Kenapa pula nak kecam PU Rahmat?

7 Unit Honda Edisi Istimewa Jadi Habuan ‘1 Million Dreams Campaign’
Ia membabitkan model Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, CR-V dan Accord.

Terima Ugutan Bunuh, Janna Nick Ambil Tindakan Undang-Undang
Pelakon Janna Nick mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan provokasi menerusi video tular sehingga menjejaskan namanya baru-baru ini.

Aafiyah Bakal Dapat Adik...Tok Ti Pula Emosi! Kenapa Tu?
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza merasakan anak sulungnya, Siti Aafiyah begitu cepat membesar.