Pelakon Mira Filzah tidak ketinggalan berkongsi keterujaan dapat membeli tiket konsert kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK.

Menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya, Mira menyatakan rasa gembira dan tidak sabar menantikan hari konsert tiba.

Bagaimanapun, kata Mira dia masih lagi mencari tiket VIP untuk konsert berkenaan.

“VIP dah sold out. Nervous tekan tekan tadi sekejap terkeluar sekejap suruh masuk balik ID. Adududu. But secured Cat 1. Okay lah.

“Alhamdulillah. See youuu BP! But tanya je lahhh tanya je eh, siapa nak let go VIP seats bagitahu #BORNPINKinKL,” tulisnya.

Ciapan itu mendapat reaksi BLINK iaitu peminat BLACKPINK di mana mereka mencadangkan supaya mencuba nasib pada hari penjualan tiket yang lain memandangkan nama pada tiket VIP tidak boleh di pindah milik.

“VIP tak boleh let go sebab tak boleh tukar owner, kak Mira boleh try untuk Public sale esok. Dia tak release semua serentak, ada quota each day. Good luck,” jelas seorang peminat.

BACA: Cecah Hingga RM1,888, Peminat Dilema Nak Beli Tiket BLACKPINK - “Mahalnya! Tak Beli Nanti Nampak Macam Semut Pula”

Terdahulu, peminat berada dalam dilema untuk memilih tiket konsert BLACKPINK kerana harganya dikatakan terlalu mahal.

Tiket yang dibuka pada semalam adalah untuk kelab peminat BLACKPINK menerusi aplikasi Weverse.

Manakala tiket kepada umum pula akan mula dibuka 17 November bermula jam 10 pagi di www.golive-asia.com atau menerusi aplikasi GO Live

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket layari www.livenation.my

BLACKPINK BORN PINK World Tour in Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada 4 Mac 2023.

Terdahulu, BLACKPINK yang dianggotai Jennie, Lisa, Jisoo dan Rosé dijadualkan mengadakan konsert di Kuala Lumpur bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Mac 2023.

BLACKPINK telah memulakan konsert jelajah dunia mereka bermula pada 15 Oktober lalu di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke Dallas, Amerika Utara pada 25 Oktober diikuti Houston, Atlanta, Hamilton, Chicago dan Newark.

Konsert jelajah kumpulan itu akan memasuki negara Asia bermula dengan persembahan di Bangkok, Thailand pada 7 Januari tahun depan.