Artis Korea
“Bila Dah Umur 40, Makin Pelupa” - Song Ji Hyo
Pelakon dan anggota Running Man, Song Ji Hyo akui mengalami perubahan sejak usianya menginjak 40 tahun.
Menurut Ji Hyo perubahan ketara yang dirasakan adalah kekuatan daya ingatan semakin berkurangan.
“Bagi saya perkara yang tidak elok sewaktu berada dalam usian 40-an adalah daya ingatan.
“Saya merasakan diri kerap terlupa. Kadang-kadang saya tidak ingat beberapa perkara yang saya lakukan hari sebelumnya.
“Selain itu saya perasan juga bahawa saya tidak boleh melakukan banyak kerja dalam satu masa (multitask),” katanya ketawa.
Ji Hyo mendedahkan perkara itu dalam satu temubual radio bersama program Kim Young Chul Power FM sebelum ini.
Jangan lupa saksikan episod baru Running Man, setiap Jumaat, jam 11:00 malam di ONE (saluran 393).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU