Artis Korea

BTS Jimin Disahkan Positif COVID-19 & Selesai Jalani Pembedahan, Peminat Wish #GetWellSoonJimin

gempak
Mya Amri
01/02/2022
07:50 MYT
Sponsor Banner
BTS Jimin Disahkan Positif COVID-19 & Selesai Jalani Pembedahan, Peminat Wish  #GetWellSoonJimin
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BTS, Jimin disahkan positif COVID-19.
Bukan itu sahaja, Jimin juga dilaporkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan apendiks.
Status kesihatan Jimin atau nama sebenarnya Park Jimin dimaklumkan oleh agensinya, BigHit Music menerusi dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di aplikasi Weverse semalam.
Menurut agensinya, Jimin mengalami kesakitan di bahagian perut termasuklah sakit tekak pada waktu tengahari, 30 Januari.
Disebabkan perkara itu, Jimin dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan selain menjalani ujian PCR.
“Jimin disahkan menghidap apendiks dan juga positif COVID-19. Dia kemudiannya telah menjalani pembedahan pada pagi Isnin, 31 Januari atas nasihat doktor.
“Bagaimanapun menurut pegawai perubatan, pembedahan itu berjaya dan Jimin kini dalam proses pemulihan.
“Jimin dijangka akan dirawat di hospital selama beberapa hari untuk memantau kondisi COVID-19 dan juga penjagaan selepas pembedahan.
“Buat masa ini Jimin mengalami gejala sakit tekak yang ringan namun semakin pulih dan dia juga tidak mempunyai sebarang kontak dengan anggota BTS yang lain sepanjang tempoh jangkitan.
“Kami mengutamakan kesihatan artis di bawah naungan kami lebih dari segalanya. Kami juga akan melakukan yang terbaik untuk membantu proses pemulihan Jimin.
“Kami juga akan bekerjasama dengan mengikut garis panduan pihak berkuasa penjagaan kesihatan,” jelas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, tanda pagar #GetWellSoonJimin menjadi trending di Twitter sebaik sahaja peminat BTS mengetahui berita tersebut.
Antara kandungan status yang disertakan dengan tanda pagar tersebut adalah mendoakan kesihatan Jimin cepat pulih selain kata-kata semangat yang sweet.
Sebelum ini tiga anggota BTS iaitu SUGA, RM dan Jin juga dijangkiti COVID-19 namun telah pulih sepenuhnya.
BACA: BTS Suga Positif COVID-19, Lengkap Vaksin & Tiada Simptom
BACA: #OhDaebak: Selepas Suga, RM & Jin Pula Positif, Ini Lima Artis Korea Yang Pernah Dijangkiti COVID-19
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024