Kumpulan K-Pop terkenal dunia, BTS akan muncul dengan rancangan bual bicara istimewa dan eksklusif berjudul Let’s BTS malam ini.

Menurut KBS, BTS Special Talk Show 2021, Let’s BTS itu akan memberikan tumpuan untuk memberikan sokongan kepada semua orang yang menempuhi waktu sukar ketika ini.

BTS akan muncul bukan hanya sebagai kumpulan pemuzik yang terkenal di seluruh dunia tetapi juga sebagai tujuh orang yang menjalani kehidupan bersama-sama.

Selain itu BTS akan berkongsi pengalaman mereka semasa pandemik dan bagaimana tahun itu mengubah kehidupan mereka.

“Menerusi Let’s BTS, produksi kami akan mengetengahkan mereka bukan sahaja sebagai artis global tetapi juga kisah jujur ​​tujuh anak muda yang hidup dalam era COVID-19. Mereka juga akan membicarakan kisah yang belum pernah dikongsi sebelum ini.

“Rancangan ini merupakan ciri-ciri mesra penonton lebih-lebih lagi untuk mendengar pesanan BTS yang boleh memberikan sedikit kelegaan buat mereka.

“Peminat bukan sahaja dapat mendengar perbincangan BTS sebaliknya mereka juga dapat melihat persembahan mereka.

“Kami telah menyediakan pentas istimewa yang pastinya berbeza dengan persembahan BTS sebelum ini. Ia akan menjadi tempat di mana peminta dapat merasakan keselesaan mesej yang ingin disampaikan oleh BTS menerusi muzik mereka,” kata wakil KBS.

Nak tengok Let’s BTS dekat mana? Jangan risau Army! Nah ini jadualnya.

Hari Ini:
29 Mac 2021, jam 9:40 malam secara langsung (tanpa sari kata)

Secara encore:
30 Mac, 10.25PM (dengan sari kata Bahasa Inggeris dan Chinese)


3 April, 4.40PM (dengan sari kata Bahasa Inggeris dan Chinese)

Semuanya di KBS World (saluran 392) manakala untuk platform digital pula, Astro Go dan On Demand.