BTS Suga Positif COVID-19, Lengkap Vaksin & Tiada Simptom
Mya Amri
25/12/2021 04:56 MYT
25/12/2021 04:56 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS, Suga disahkan positif COVID-19 selepas pulang dari Amerika Syarikat.
Berita itu dimaklumkan oleh agensinya, Big Hit Music menerusi kenyataan rasmi menerusi aplikasi Weverse pada Jumaat.
Bagaimanapun jelas Big Hit Music, Suga tidak mengalami sebarang simtom dan sedang menjalani kuarantin.
Suga juga tidak berinteraksi bersama enam lagi anggota BTS iaitu RM, Jin, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook selepas pulang dari negara tersebut.
“Suga disahkan menghidap COVD-19 pada hari Jumaat, 24 Disember semasa kuarantin kendiri selepas mengambil ujian PCR serta-merta sekembalinya ke Korea pada Khamis, 23 Disember.
“Suga telah melengkapkan dos kedua vaksinasi COVID-19 pada akhir Ogos dan tidak menunjukkan sebarang gejala setakat hari ini.
“Dia kini menjalankan penjagaan kendiri di rumah mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak kesihatan.
“Suga yang mempunyai beberapa kerja peribadi di Amerika Syarikat semasa BTS berehat secara rasmi, dia juga diuji negatif untuk ujian PCR yang diambil sebelum melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat.
“Suga juga memulakan kuarantin sendiri selepas mengambil ujian PCR sekembalinya ke Korea. Dia menerima keputusan positif semasa kuarantin dan tidak ada kontak dengan ahli lain.
“Kami meletakkan kesihatan artis sebagai keutamaan kami dan kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk membantu Suga dalam pemulihan yang cepat.
“Kami juga akan bekerjasama dengan mengikut garis panduan pihak berkuasa penjagaan kesihatan,” jelas wakilnya.
Terdahulu, Suga kembali ke Korea pada Khamis selepas selesai Konsert Jelajah BTS Permission To Dance On Stage di Los Angeles.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Kredit foto: Vogue Korea / GQ Korea
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Kredit foto: Vogue Korea / GQ Korea