Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bukan BIGBANG, T.O.P Hanya Tinggalkan YG Entertainment Selepas 16 Tahun Bersama

Mya Amri
08/02/2022 11:46 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, T.O.P mengambil keputusan untuk meninggalkan agensinya, YG Entertainment.

Keputusan itu dibuat selepas kontraknya bersama YG Entertainment tamat.

Berita itu juga dimaklumkan oleh YG Entertainment dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin.

“Kontrak eksklusif T.O.P bersama YG telah tamat, dia akan mengambil pelbagai cabaran baru yang lebih besar sebagai seorang artis dan juga usahawan selepas ini.

“Kami menghormati keputusan dan keinginan T.O.P untuk memperluaskan skop aktiviti individualnya selain daripada promosi bersama BIGBANG.

“T.O.P juga berjaya mencapai persetujuan berkenaan perkara ini bersama anggota yang lain. Selagi syaratnya betul, dia akan sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti BIGBANG pada bila-bila masa,” jelasnya.

Dalam perkembangan terbaharu, BIGBANG akan membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

BACA: Penantian Peminat Berakhir! Selepas Empat Tahun, BIGBANG Akhirnya Buat Comeback

BIGBANG dikhabarkan akan membuat kemunculan semula bersama empat orang anggota iaitu G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung tanpa Seungri.

Sebelum ini, Seungri telah mengumumkan bersara dari industri seni pada Mac 2019 selepas terpalit kontroversi terbesar di Korea.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Kredit foto: Google / cine21.com

#Bigbang #Artis Korea #TOP #YG Entertainment #Artis Korea Tinggalkan Agensi #Artis Korea Tamat Kontrak #BIGBANG TOP
;