Tahap populariti kumpulan K-Pop BTS tidak perlu dipertikaikan apabila banyak jenama besar telah mengambil mereka sebagai duta produk.

Namun, jenama BTS itu sendiri bakal diperkembangkan lagi apabila syarikat permainan Grampus dilaporkan menandatangani kontrak lesen global bersama agensi kumpulan popular Korea Selatan, BTS iaitu Big Hit Entertainment.

Kerjasama sama ini bertujuan untuk menggunakan harta intelek (IP)BTS.

Menerusi laporan Soompi.com, Ketua Grampus, Kim Jee In berkata, pihaknya bangga dapat wujudkan permainan itu atas nama BTS.

"Kami sangat berbesar hati dapat bekerja sama.

"Kami akan pamerkan kualiti BTS, artis paling hebat yang kita ada menerusi sebuah psermainan stimulasi telefon pintar," katanya.

Jelasnya, permainan terbaru yang menampilkan BTS itu dijangka akan dilancarkan tahun depan.

Difahamkan, syarikat terbabit ditubuhkan pada 2014 dan sudah menghasilkan banyak permainan termasuklah Cooking Adventure dan My Little Chef.

Untuk rekod, sebelum ini permainan bercerita interaktif iaitu BTS World telah dibangunkan oleh syarikat permainan mudah alih terbesar di Korea Selatan, Netmarble.

Menerusi BTS World,pemain akan mengambil alih sebagai pengurus BTS dan berusaha untuk mengembangkan kerjaya kumpulan tersebut.

Pemain juga akan mendapat akses kepada foto dan video eksklusif sepanjang perbualan bersama ahli-ahli kumpulan itu.