Pelakon Choo Ja Hyun membuat permohonan maaf secara rasmi berkenaan kontroversi tentang label makanan tradisional Korea, Kimchi.

Kenyataan tersebut disampaikan Ja Hyun menerusi agensinya, BH Entertainment.

Mengakui kesalahannya, Ja Hyun berjanji akan lebih berhati-hati mempromosikan makanan tradisi Korea di negara lain selepas ini.

“Saya ingin memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan dalam acara sebegini, sebagai sebagai seseorang yang sering berulang-alik membuat promosi di Korea dan China, saya sepatutnya lebih berhati-hati berbanding orang lain.

“Untuk memastikan saya tidak menmengulangi kesilapan yang sama, saya telah membuat carian yang betul untuk menyatakan Kimchi dalam bahasa Cina.

“Sehinggalah baru-baru ini, istilah 'pao cai' ialah terjemahan yang boleh diterima bagi 'Kimchi', tetapi pada Julai tahun lalu, Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan mengisytiharkan bahawa 'Kimchi' mesti diterjemahkan sebagai 'Sin Chi'.

"Saya meminta nasihat ramai orang mengenai terjemahan yang paling sesuai sebagai rujukan untuk masa depan.

“Ramai menasihati saya bahawa adalah satu keutamaan untuk memaklumkan kepada orang lain bahawa istilah terjemahan ditetapkan secara nasional telah ditukar kepada 'Shin Chi’ supaya mereka menyedari apa yang berlaku dan terus meminati budaya Korea,” jelasnya.

Ja Hyun juga turut memohon maaf kepada mereka yang terlibat secara tidak langsung dalam kontroversi berkenaan.

“Dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini, saya akan berusaha lebih keras untuk mendidik diri saya tentang makanan tradisional dan menyebarkan tradisi ke seluruh dunia.

“Masih banyak yang saya tidak tahu . Kakitangan, termasuk penyunting dan penerbit yang membantu mencipta video, semuanya merasakan beratnya tanggungjawab untuk insiden baru-baru ini.

“Kami semua akan berusaha lebih keras untuk melindungi budaya dan keaslian tradisional Korea,” ujarnya.

Terdahulu, Ja Hyun memuat naik klip video mukbang melalui platform media sosial China, SNS. Video tersebut merakamkan Ja Hyun sedang menikmati mi ramen ala Korea dengan Kimchi.

Bagaimanapun, kapsyen dalam klip video yang melabelkan Kimchi sebagai ‘pao cai’ (sayur acar) China, menimbulkan kemarahan netizen Korea.

Dalam beberapa tahun ini, timbul perselisihan faham dan isu sensitiviti antara netizen Korea dan China mengenai asal Kimchi Korea yang didakwa milik ‘Pao Cai’ China.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Allkpop