Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ciao Memang Lit! Joe Flizzow Pun Tak Sangka Trending - “Terima Kasih, Sangat Happy”

Mya Amri
26/01/2021 12:01 MYT
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow tidak menyangka namanya menjadi trending di Twitter selepas kemunculan lagu baharu berjudul Ciao.

Menurut Joe, dia berasa amat gembira dan berterima kasih atas sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh pendengar.

“Sejujurnya saya sangat gembira apabila ia menjadi trending nombor satu di media sosial dan ini menunjukkan bahawa industri muzik tempatan masih meriah.

“Peminat masih setia memberikan sokongan kepada artis-artis tanah air terutamanya hip hop.

“Saya memang berterima kasih. Sebagai seorang yang dah lama berkecimpung dalam industri saya berasa bertuah kerana masih melakukan perkara yang sangat saya cintai iaitu dengan berkarya.

“Dalam masa yang sama saya mempunyai cara tersendiri untuk menunjukan karya Malaysia ini sangat bagus di mata dunia. Sebab itu terjadinya kolaborasi seperti ini,” jelasnya.

Joe berkata demikian ketika ditemu bual sempena perlancaran video muzik rasmi, Ciao baru-baru ini.


Bekerjasama dengan MK K-Clique, Ciao juga menampilkan bintang terkenal Korea, Jay Park.

Ciao yang mendapat sentuhan komposer Alyph ini telah menjadi sebutan walaupun sebelum lagu penuh dilancarkan sebelum ini.

Sehingga artikel ini ditulis, muzik video Ciao telah menerima lebih 980,000 tontonan sejak ia dilancarkan pada Jumaat.
#Joe Flizzow #Jay Park #MK K-Clique #Ciao