COVID-19: Lisa Tak Alami Sebarang Simtom, Jennie, Jisoo Dan Rose Negatif
Mya Amri
25/11/2021 10:00 MYT
25/11/2021 10:00 MYT
Peminat menarik nafas lega selepas tiga anggota BLACKPINK iaitu Jennie, Jisoo dan Rose disahkan negatif COVID-19.
Berita tersebut dimaklumkan oleh agensinya, YG Entertainment dalam satu kenyataan media hari ini.
“BLACKPINK Jisoo, Rose dan Jennie disahkan negatif selepas melakukan ujian PCR COVID-19. Lisa juga setakat ini tidak mengalami sebarang simtom dan berada dalam keadaan yang baik.
“Keempat-empat anggota BLACKPINK telah divaksin sepenuhnya dan kami serta artis di bawah naugan kami juga telah memberikan perhatian yang teliti terhadap kesihatan serta keselamatan dengan mealukan ujian COVID dari semasa ke semasa.
“Kami juga berharap kesihatan Lisa dapat pulih dengan cepat dan kami akan terus memberikan kerjasama dengan mengambil kesemua langkah yang perlu untuk mencegah penyebaran COVID-19,” jelas wakil YG.
Dalam perkembangan lain, Rose juga telah membatalkan jadual kerjanya disebabkan situasi tersebut.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU.
#Artis Korea
#Blackpink
#Jennie
#Lisa
#Jennie Blackpink
#Lisa Blackpink
#Jisoo
#Rose
#Jisoo Blackpink
#Rose BLACKPINK
#COVID-19
#Lalisa Manoban