Daesung Tinggalkan YG Entertainment Selepas 16 Tahun, Taeyang Pula Pindah The Black Label
Mya Amri
27/12/2022 16:01 MYT
27/12/2022 16:01 MYT
Selepas 16 tahun akhirnya anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, Daesung mengambil keputusan untuk meninggalkan agensinya, YG Entertainment.
Berita itu disahkan sendiri oleh YG Entertainment dalam satu kenyataan kepada media.
“Daesung telah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak bersama kami. Dia mahu memulakan perjalanan baru,” jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun YG Entertainment menjelaskan Daesung hanya meninggalkan agensi sahaja dan masih lagi bersama BIGBANG.
“Fakta mengenai Daesung sebagai anggota BIGBANG tidak berubah. Kami menghormati pilihan Daesung dan permulaan barunya, kami juga terbuka untuk bekerjasama dengannya,” maklum kenyataan itu lagi.
Taeyang & The Black Label
Dalam pada itu, seorang lagi anggota BIGBANG, Taeyang telah berpindah dari YG Entertainment kepada The Black Label iaitu anak syarikat agensinya.
The Black Label dipimpin oleh produser terkenal YG, Teddy Park.
“Selepas berkerjasama sebagai artis dan juga produser dalam jangka masa yang lama, Taeyang serta Teddy mahu memulakan sesuatu yang baru bersama The Black Label berdasarkan kepercayaan terhadap satu sama lain dalam bidang muzik.
“The Black Label akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada Taeyang dalam memajukan kerjayanya serta lebih aktif,” jelas kenyataan itu.
Dalam perkembangan lain, YG Entertainment masih lagi membuat rundingan dengan G-Dragon mengenai kontrak.
Manakala T.O.P pula telah meninggalkan YG selepas kontrak tamat pada awal tahun ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.