Dah Bertunang Tapi Hajat Nak Kahwin Tak Sampai… Hyuna & Dawn Berpisah! Peminat Terkejut- “Macam Tak Percaya, Betul Ke Ni”
Mya Amri
01/12/2022 16:55 MYT
01/12/2022 16:55 MYT
Pasangan selebriti romantik Korea, Hyuna dan Dawn akhirnya mengumumkan perpisahan mereka.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Hyuna menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Kami telah berpisah, kami memutuskan untuk kekal sebagai sahabat dan rakan sekerja yang baik mulai sekarang.
“Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan bersama kami dengan penuh kasih sayang,” tulisnya.
Dalam masa yang sama, Dawn juga turut memberikan tanda suka pada posting Hyuna sebagai tanda mengesahkan perpisahan mereka.
Bagaimanapun berita itu ternyata mengejutkan peminat di seluruh dunia sehingga topik tersebut menjadi trending Twitter dengan kata kunci Hyuna.
Apa yang membuatkan peminat sedih adalah pasangan ini terkenal dengan sikap romantik, manja dan sentiasa memberikan sokongan antara satu sama lain.
Peminat juga tidak menyangka harapan pasangan ini untuk berkahwin juga tidak kesampaian selepas mengumumkan pertunangan mereka sebelum ini.
“Seriuslah Hyuna dan Dawn putus, mereka baru bertunang kot… Kepercayaan saya terhadap cinta dah berakhir…”
“Lepas Hyuna dan Dawn putus, saya rasa macam dah tak percaya dengan cinta. Betul ke cinta tu wujud,”
“Mereka berdua ni adalah pasangan K-Pop yang berani dedahkan hubungan cinta mereka dan tak sorok kalau pergi date atau apa kepada umum. Tapi sekarang tak ada dah… Sedihnya,”
Terdahulu pada Februari lalu pasangan ini berkongsi bahawa mereka telah bertunang.
Hyuna dan Dawn telah bercinta sejak 2016 dan mendedahkan percintaan mereka kepada umum pada tahun 2018.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU