Artis Korea
“Demam, Suhu Badan Lebih 40 Darjah” Haha Cemas, Peluk Anak Berlari Ke Hospital
Anggota Running Man, HaHa akui cemas apabila anak perempuannya, Song mengalami demam sehingga suhu badan mencecah 40 darjah.
HaHa berkongsi pengalaman itu menerusi akaun Instagramnya sempena ulang tahun kelahiran anak bongsunya.
“Anak kesayangan kami yang paling muda, saya ucapkan selamat hari jadi!
“Sepatutnya ayah berada disisi kamu namun maafkan ayah kerana bekerja ayah tak dapat bersama kamu disaat ini.
“Ayah juga mohon maaf kerana memberikan kamu ‘dunia’ kepada kamu di mana seorang perlu memakai topeng muka pada ketika ini.
“Terima kasih kerana kamu juga tidak hanya memakai topeng muka sebaliknya turut tersenyum walaupun dunia pada ketika ini berdepan dengan saat-saat getir.
“Namun saat yang paling sukar ayah lalui pada tahun 2020 adalah apabila kamu mengalami demam panas dengan suhu melebihi 40 darjah.
“Ayah memeluk kamu dengan erat dan terus berlari ke hospitah sewaktu tengah malam, pada saat itu ayah telah berjanji kepada kamu, tidak kita apa kesusahan yang melanda ayah akan sentiasa disisi.
“Terima kasih kerana membesar dengan baik. Ayah selalu membuat kesilapan, ayah juga bukanlah seorang yang sempurna tetapi demi kamu ayah mahu menjadi seorang yang baik, cool dan sentiasa menyayangi kamu, puteriku.
“I love you, I love you, I love you... Kamu tak perlu terlalu bagus belajar, asalkan kamu membesar dengan gembira dan sihat ayah dah bersyukur,” tulisnya.
Terdahulu, Haha dan Byul telah berkahwin pada tahun 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki, Dream pada tahun 2013 dan So Wool pada tahun 2017.
Manakala Song Yi pula dilahirkan pada 15 Julai 2019.
Jangan lupa saksikan episod baru Running Man, setiap Jumaat, jam 11:00 malam di ONE (saluran 393).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video