Artis Korea

“Dia Banyak Tolong Keluarga Saya…” - U-KISS Hoon Dah Nak Kahwin! Rupanya Dengan Ex Kumpulan Girl’s Day

gempak
Mya Amri
10/05/2022
13:12 MYT
Sponsor Banner
“Dia Banyak Tolong Keluarga Saya…” - U-KISS Hoon Dah Nak Kahwin! Rupanya Dengan Ex Kumpulan Girl’s Day
Anggota kumpulan K-Pop U-KISS, Hoon mengumumkan bakal berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Girl’s Day, Hwang Ji Seon.
Ingin berlaku jujur dengan para peminat, Hoon akhirnya mendedahkan tarikh perkahwinan selain menceritakan kisah cinta mereka.
Menurut Hoon, walaupun berasa gementar untuk mengumumkan berita perkahwinan itu namun dia berharap peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka.
“Saya telah mengumpulkan keberanian untuk menulis surat ini kerana ada sesuatu yang saya ingin kongsikan kepada anda semua secara peribadi.
“Selepas berfikir panjang saya rasa saya patut berkongsi satu keputusan penting dalam hidup saya kepada peminat semua kerana anda adaah segalanya bagi saya.
“Mungkin ada yang akan terkejut dengan berita mengejut ini namun inilah jalan yang saya pilih selepas membuat banyak pertimbangan.
“Saya percaya anda semua akan memberikan restu dan juga sokongan, jadi saya memberanikan diri untuk mengumumkan perkara ini,” coretnya.
Dalam surat yang sama, Hoon juga turut menceritakan tentang personaliti dan sikap teman wanitanya yang banyak membantu keluarga.
“Secara jujurnya saya sudah mempunyai teman wanita dan kami sedang bercinta. Saya mahu memperkenalkannya buat pertama kali menerusi surat ini.
“Namanya adalah Hwang Ji Seon dan dia juga mungkin seseorang yang anda semua sudah kenali.
“Saya nekad untuk menghabiskan masa saya bersama dengannya lebih daripada segalanya. Dia seorang yang sangat respek dengan kerjaya, menghormati dan banyak menolong keluarga saya.
“Dia juga sangat menghargai dan menyayangi peminat yang banyak memberikan sokongan kepada saya.
“Jadi kami akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Mei depan. Walaupun saya menantikan kehidupan baru namun saya berjanji tidak akan menghentikan kerjaya saya sebagai U-KISS Hoon.
“Terima kasih saya ingin ucapkan kepada kesemua anggota kumpulan U-KISS, keluarga Tango Music dan juga peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya,” jelasnya.
Hoon telah menceburkan diri dalam bidang hiburan bermula sebagai penyanyi balada pada tahun 2009 dengan nama sebenarnya Yeo Hoon Min.
Dua tahun kemudian, Hoon telah menganggotai kumpulan U-KISS sebagai penyanyi utama.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live