Bekas anggota kumpulan K-pop TAHITI, Jisoo mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Menerusi akaun Instagramnya, Jisoo memaklumkan bakal suaminya itu bukan selebriti.

Disebabkan perkara itu, Jisoo memohon jasa baik supanya tidak mendedahkan wajah bakal suaminya demi privasi mereka.

“Ini adalah Shin Jisoo, seorang bakal pengantin yang sangat gembira setiap hari kerana menerima begitu banyak ucapan tahiah.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan juga mereka yang masih lagi memberikan sokongan (sejak sekian lama saya aktif sebagai selebriti).

“Bagaimanapun saya ingin membuat satu permintaan, saya juga memohon maaf kerana harus berkongsi perkara ini di hantaran Instagram saya.

“Bakal suami saya hanyalah orang biasa yang tidak pernah muncul di kaca televisyen. Jadi apabila ada pemberita yang mahu menerbitkan gambar pasangan kami, saya memohon anda untuk tidak mendedahkan wajahnya.

“Sebahagian besar wartawan mengaburkan wajahnya, tetapi kadang-kadang ada juga beberapa gambar yang tidak, jadi sebab itulah saya membuat coretan ini.

“Saya masih lagi mempunyai kekurangan dalam banyak perkara, tetapi saya akan bekerja keras untuk menjadi seseorang yang matang dengan langkah yang diambil. Sekali lagi, terima kasih kepada anda yang mengucapkan tahniah,” jelasnya.

Jisoo memulakan kerjaya bersama TAHITI pada tahun 2012 dan meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2017. Dia kini bekerja sebagai pengajar Pilates.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU