Penyanyi Korea, Lee Solomon akhirnya memberikan kenyataan berkenaan dengan kontroversi yang mendakwa dirinya tidak menghargai hadiah peminat.

Dalam posting berbentuk surat itu, Solomon dengan rendah hati memohon maaf atas perkara tersebut dan tidak mahu membicarakan dengan lebih lanjut.

“Saya mohon maaf, terima kasih kerana menunggu tidak kira apa pun yang terjadi.

“Minggu lepas adalah masa yang sangat diperlukan untuk saya. Saya sedang melalui masa sukar dengan perkara yang masih belum saya selesaikan, daripada fakta yang tidak dapat saya beritahu sepenuhnya kepada anda.

“Khabar angin dengan spekulasi yang keterlaluan, perkara yang telah berlaku dalam hidup saya dan perkara yang begitu memalukan sehingga saya tidak mahu bercakap tentang mereka.

“Walaupun akan ada parut dalam hidup saya dan juga orang yang saya sayang, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa.

“Sekali lagi saya dengan seikhlas hati memohon maaf kepada mereka yang saya sayangi, peminat dan juga semua orang yang terluka kerana saya,” tulisnya.

Terdahulu, peminat mendakwa Solomon tidak menghargai pemberian peminat apabila hadiah yang diterimanya diberikan pula kepada teman wanitanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Allkpop