gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Luna Maya Pernah ‘Give Up’ Untuk Kahwin, Reda Jika Jadi Andartu - “Mungkin Berkahwin Itu Bukan…”
BERITA
Kanak-Kanak Enam Tahun Dirogol Ketika Hadiri Majlis Perkahwinan
HIBURAN
Roziana Cindy Lancar Lagu 'Tinggalkan Luka'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
ARTIS KOREA

Digugurkan, Na In Woo Sah Ganti Ji Soo Dalam Drama River Where The Moon Rises

gempak
Mya Amri
05/03/2021
15:22 MYT
Sponsor Banner
Digugurkan, Na In Woo Sah Ganti Ji Soo Dalam Drama River Where The Moon Rises
Pelakon Korea, Na In Woo bakal menggantikan aktor Ji Soo sebagai pelakon utama dalam drama River Where The Moon Rises.
Berita itu disahkan oleh pihak produksi River Where The Moon Rises hari ini.
"Na In Woo akan membawakan watak sebagai On Dal," komennya ringkas.
Na In Woo akan membuat kemunculan pada episod sembilan drama berkenaan.
Sebelum ini, syarikat penyiaran Korea (KBS) membuat keputusan untuk mengugurkan pelakon utama drama Korea, Where The Moon Rises, Ji Soo susulan kontroversi mengenai dakwaannya sebagai seorang kaki buli dan melakukan keganasan ketika bersekolah dulu
Berita dimaklumkan menerusi satu kenyataan wakil KBS kepada pihak media hari ini.
“Baru-baru ini, Ji Soo telah menjadi perhatian akibat kontroversi yang menimpa dan dia akan mengundurkan diri daripada drama tersebut.
“Kini kami sedang dalam proses perbincangan dengan pihak produksi untuk langkah seterusnya,” jelas wakil KBS.
View this post on Instagram
A post shared by Jisoo (@actor_jisoo)
Pada hari yang sama juga pihak agensi pengurusan aktor Na In Woo iaitu Cube Entertainment mengeluarkan kenyataan mengatakan pelakon drama Mr. Queen itu bakal mengantikan tempat Ji Soo.
“Na In Woo ada menerima tawaran untuk membintangi drama River Where the Moon Rises untuk watak On Dal dan dia kini sedang mempertimbangkan tawaran tersebut,” kata wakil agensi. Terdahulu, nama pelakon utama River Where the Moon Rises itu mencetuskan kontroversi apabila seorang individu yang mendakwa rakan sekelasnya tampil mendedahkan perbuatan silamnya dalam sebuah forum.
Selain memberitahu dia adalah rakan sekelas Ji Soo, individu berkenaan juga mendakwa pernah menjadi mangsa bulinya.
Insiden itu dilaporkan berlaku sekitar 2006 hingga 2008 lalu. Ji Soo didakwa sebagai seorang pelajar yang sangat nakal dan banyak melakukan keganasan di sekolah.
Ji Soo bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf susulan tuduhan tersebut menerusi tulisan tangan di posting terbaharu akaun Instagramnya semalam (4 Mac 2021).
View this post on Instagram
A post shared by Jisoo (@actor_jisoo)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
#.
#Artis Korea
#K-Drama
#Kim Ji Soo
#Gempak Chingu
#Dakwaan Kes Buli
#Ji Soo
#Kes Buli
#Kontroversi K-Pop
#Mr. Queen
#Na In Woo
#River Where The Moon Rises
Must-Watch Video