Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Eh K-Drama Baru Ni Ada Jang Nara! Tengok Poster Pun Dah Tak Sabar

Mya Amri
26/03/2021 08:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Korea, Jang Nara kini muncul dengan drama terbaru berjudul Daebak Real Estate.

Menariknya kali ini, Jang Nara akan membawakan watak sebagai Hong Ji Ah iaitu ketua kepada Daebak Real Estate dan juga pengusir syaitan.

Melihat kepada teaser poster yang dikeluarkan juga sudah cukup untuk membuatkan peminat tidak sabar untuk menonton lakonan Nara.



Selain Nara, Daebak Real Estate juga menampilkan penyanyi dan pelakon, Jung Yong Hwa untuk memainkan watak sebagai Oh In Bum iaitu seorang penipu yang berpura-pura menjadi pengusir syaitan.

Daebak Real Estate dijadualkan bertemu penonton pada 14 April depan.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu
#Artis Korea #K-Drama #Gempak Chingu #Daebak Real Estate #Jang Nara #Teaser Poster