Pelakon Korea Ju Chang Wook mendedahkan kisah sewaktu kali pertama bertemu aktres Kim Yoo Jung untuk menjalani penggambaran drama Backstreet Rookie.

Menurut Chang Wook, Yoo Jung seorang yang ceria dan banyak membantu untuk memperkasakan keserasian mereka sewaktu berlakon.

“Saya masih ingat sewaktu kami bertemu buat pertama kali. Kami tak banyak bertukar-tukar cerita atau bertegur sapa pun.

BACA: Backstreet Rookie Jadi Perhatian, Ramai Yang Tak Tahu Umur Sebenar Ji Chang Wook

“Umpama malu-malu kucing, tapi selepas beberapa kali penggambaran kami berdua menjadi semakin rapat secara semulajadi.

“Di set penggambaran, Yoo Jung merupakan seorang yang sangat bertimbang rasa. Saya rasa sangat berterima kasih mendapat pasangan berlakon yang sporting dan saya juga seronok berlakon bersama. Keserasian kami juga bagus,” katanya.

Bagi yang belum mengetahui, usia Chang Wook kini mencecah 32 tahun menjadikan perbezaan umurnya dengan Yoo Jung sebanyak 12 tahun.

BACA: Beza Umur 12 Tahun, Tak Sabar Nak Tengok Lakonan Ji Chang Wook Dan Kim Yoo Jung

Chang Wook membawakan watak sebagai Choi Dae Hyun iaitu seorang pengurus cawangan kedai serbaneka manakala Yoo Jung pula sebagai Jung Saet Byeol iaitu pekerja sambilan yang seksi di cawangan tersebut.

Drama ini juga ditayangkan secara eksklusif di aplikasi iQIYI, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam.

Backstreet Rookie juga turut ditayangkan secara eksklusif di ONE (saluran 393) setiap Sabtu dan Ahad, jam 9:45 malam bermula 27 Jun (esok).




Terdahulu, Backstreet Rookie ini merupakan adabtasi webtoon popular Korea.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU