Pelakon Yana Samsudin memberi pendedahan awal kepada anaknya, Aisy Mateen mengenai cara-cara untuk membuat kerja rumah.

Yana berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram milik anaknya.

Menurut Yana, Mateen mula diajar untuk melakukan kerja rumah sejak berumur setahun setengah.

“Mateen kena buat dari pandai berjalan lagi! Setahun setengah dah kena. Asing baju kotor letak dalam bakul baju kotor, kena kemas mainan sendiri, kutip sisa makanan sendiri , susun selipar sendiri.

“Masuk 3 tahun dah kena kemas katil, letak pinggan cawan minum sendiri kat sinki. (Sinki dia tak sampai dia letak kat meja dapur), nak tolong cuci pinggan, tolong buang siput khinzir kat kebun herba mommy, cabut anak rumput, buang rumpai kat pond mommy, pandai tutup tv sendiri, kalau dah tak tengok, sidai balik tuala sendiri lepas guna,” kongsinya.

Mateen kena buat dari pandai berjalan lagi! Setahun setengah dah kena 1- asing baju kotor letak dalam bakul baju kotor , 2-kena kemas mainan sendiri, 3-kutip sisa makanan sendiri , 4- susun selipar sendiri . 5-masuk 3 tahun dah kena kemas katil , 6-letak pinggan cawan minum sendiri kat sinki. (Sinki dia tak sampai dia letak kat meja dapur) , 7-nak tolong cuci pinggan, 8-tolong buang Siput Khinzir kat kebun herba mommy, 9- cabut anak rumput, buang rumpai kat pond mommy... 10- pandai tutup tv sendiri, kalau dah tak tengok.. 11- Sidai balik tuala sendiri lepas guna... . . Tu je kot.. bila tengok balik senarai macam banyak pulak dia kena ajar dan buat sendiri! Hahaahaaa . . Tapi ok lah, mommy dadi dah ajar asas kat anak , jadi esok dah besar tak lah jadi bossy suruh bini buat semua..... kesian pasangan hidup... kalau dah besar tak buat jugak, terbanglah roti panjang nanti.. hahahah. . . Sebenarnya , masa dapat tahu anak sedara umur 13 tahun Arif pandai goreng telur pun dah rasa bangga! Kami dulu darjah 2 dah kena tolong buat kuih raya dengan nenek! Dah tolong mak abah berniaga kat gerai kipas satay . . Sebab tu lah, ramadhan tahun ni mommy suruh jugak nenek buat kuih ringkas untuk kenangan cucunya walaupun kita takda mood nak raya sangat. Paksa cucunya tolong. Masa nak berbuka minta cucu bancuh air. Itu semua akan jadi kenangan dan skill diri bukan main game je dan tengok tv je 24jam! . . So mak dan BAPAk kena sedar lah yea.. betapa pentingnya mengajar dan menyuruh anak anak buat kerja rumah. Untuk mereka bila dewasa dan pasangan mereka. Sebab kami dah tua nanti lepas tanggungjawab. . . . Owh ni artikel ini dari @kementeriankesihatanmalaysia !

A post shared by Aisy Mateen (@aisymateen) on


Tambah Yana lagi, pendedahan itu amat penting dilakukan kepada anak-anak supaya mereka menjadi orang yang bertanggungjawab.

“Tu je kot, bila tengok balik senarai macam banyak pula dia kena ajar dan buat sendiri! Haha. Tapi ok lah, mommy dadi dah ajar asas kat anak, jadi esok dah besar tak lah jadi bossy suruh bini buat semua. Kesian pasangan hidup, kalau dah besar tak buat juga.

“Sebenarnya, masa dapat tahu anak sedara umur 13 tahun Arif pandai goreng telur pun dah rasa bangga! Kami dulu darjah 2 dah kena tolong buat kuih raya dengan nenek! Dah tolong mak abah berniaga kat gerai kipas sate.

“Sebab tu lah, ramadan tahun ni mommy suruh jugak nenek buat kuih ringkas untuk kenangan cucunya walaupun kita takda mood nak raya sangat.

“Paksa cucunya tolong. Masa nak berbuka minta cucu bancuh air. Itu semua akan jadi kenangan dan skill diri bukan main game je dan tengok tv je 24jam!

“Jadi mak dan bapa kena sedar betapa pentingnya mengajar dan menyuruh anak anak buat kerja rumah. Untuk mereka bila dewasa dan pasangan mereka. Sebab kami dah tua nanti lepas tanggungjawab,” kongsinya.




Terdahulu, Yana telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aisy Mateen yang kini berumur empat tahun.