Pelakon dan anggota kumpulan K-Popp SHINee, Minho akhirnya telah menamatkan latihan khidmat ketenteraanya pada semalam.

Berita itu disambut gembira oleh para peminat SHINee yang begitu sabar menanti kepulangan Minho.

Walaupun tiada sebarang majlis istimewa yang dilakukan, namun peminat menyuarakan rasa teruja menerusi media sosial sehingga nama Minho menjadi trending dunia di Twitter pada Ahad (15 November 2020).

Tidak hanya ucapan dan kata-kata semangat, peminat juga berkongsi wajah terbaharu Minho.
Dalam pada itu sempena meraikan kepulangannya, Minho juga turut menghadiahkan peminat dengan mesej tulisan tangan yang dimuat naik di laman rasmi SHINee beserta fotonya.

“Kepada peminat saya, SHINee World yang sangat saya sayangi. Tabik! Saya ingin melaporkan, Sarjan Choi Min Ho telah pun menamatkan latihan khidmat tenteranya.

“Akhirnya hari yang dinantikan tiba juga. Saya masih lagi rasa tidak percaya, berasa teruja dan gembira.

“Kepada Shawol (fandom) yang sentiasa mempercayai dan menunggu kepulangan saya, siap sedia untuk bersama Choi Min Ho! Saya sayang anda semua,” tulisnya.


Minho atau nama sebenarnya, Choi Min Ho memulakan latihan khidmat tenteranya pada 15 April 2019.

Mengikut protokol COVID-19, Minho dibenarkan untuk mengambil cuti 20 hari pada 27 Oktober lalu dan menamatkan latihan tenteranya.

Bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk terus berada di kem tentera dan melanjutkan tempoh latihan untuk membantu melatih askar junior.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi