,
Artis Korea

[FOTO]: Belum 1 Januari, Dispatch Dah Reveal! Lee Jong Suk & IU Bercinta, Pembuka Tahun Baharu 2023 Yang Bahagia

Mya Amri
31/12/2022
09:41 MYT
Belum pun sampai tanggal 1 Januari 2023, namun tirai tahun ini ditutup dengan kisah bahagia apabila pelakon terkenal Korea di sahkan bercinta dengan penyanyi kesayangan negara tersebut iaitu IU.
Berita itu didedahkan oleh portal Eksklusif Korea, Dispatch hari ini.
Menurut Dispatch, Jong Suk dan IU telah menjalinkan hubungan cinta kira-kira empat bulan dan pasangan ini juga meluangkan masa bersama pada cuti musim sejuk selama tiga hari, dua malam di Nagoya, Jepun. Tidak hanya cakap kosong, Dispatch juga mengeluarkan foto merakamkan Jong Suk dan IU yang berada di lapangan terbang semasa perjalanan menunuju ke Nagoya dan juga selepas perjalanan balik.
Percutian itu dikatakan telah dirancang sendiri oleh Jong Suk, yang dilaporkan menerbangkan IU bersama adik lelakinya ke Jepun terlebih dahulu sebelum menyertai mereka.
Untuk info: Dispatch yang dikenali sebagai portal eksklusif Korea telah membina reputasi sebagai salah satu sumber untuk berita terkini dan foto paparazzi selebriti Korea.
Sejak tahun 2008, Dispatch terkenal bukan sahaja sebagai sumber berita eksklusif tetapi juga sebagai syarikat media yang pakar dalam meneliti dan mencari maklumat mengenai peristiwa kontroversi selebriti Korea.
Sebagai acara tradisi, Dispatch akan mendedahkan pasangan-pasangan selebriti popular yang bercinta setiap kali tiba tahun baharu.
Antaranya, Rain dan Kim Tae Hee (2013), SNSD Yoona dan Lee Seunggi (2014), EXO Kai dan BLACKPINK Jennie (2019), Hyun Bin dan Son Ye Jin (2021), G-Dragon dan BLACKPINK Jennie (2021) serta T-Ara Hyomin dan pemain bola sepak, Hwang Ui Jo (2022).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

gempak
25/08/2024
17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Hiburan

Kim Sung Kyu Tak Lupa Malaysia! Siap Adakan Konsert Dua Malam, Ini Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
27/07/2024
03:58 MYT
Sejak berita mengenai ketua kumpulan K-pop Infinite, Kim Sung Kyu akan berkunjung ke Malaysia pada Ogos depan, ternyata peminat sudah mula meluahkan rasa gembira.
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.