Bekas anggota kumpulan K-Pop 2NE1, Sandara Park menjadi perhatian selepas foto bersama bekas teman lelakinya tular di media sosial.

Difahamkan bekas teman lelakinya juga merupakan seorang selebriti iaitu pelakon Filipina, Joseph Bitangcol.


Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2009 sebelum Sandara kembali ke Korea.
Sandara dan Joseph bertemu sewaktu menghadiri uji bakat Star Circle Quest, di mana mereka berdua merupakan peserta.

Bagaimanapun selepas beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah dengan baik.




Sehingga kini, Sandara atau lebih mesra dengan panggilan Dara masih lagi mengekalkan hubungan persahabatannya dengan Joseph.

Namun buat peminat, jangan salah faham kerana Joseph telah pun mendirikan rumahtangga bersama wanita yang bukan dalam golongan orang industri dan Dara pula mahu fokus dengan kerjaya solonya.

Terdahulu, Sandara sebelum ini tidak pernah mendedahkan nama bekas kekasih dan juga ini merupakan pertama kali wajah mereka bersama tular di media sosial.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU