Artis Korea
Gempak Gila! Berderau Darah Tengok Trailer Sekuel Train To Busan, Date Tayangan Pun Dah Confirm
Filem popular Korea, Train To Busan kembali ke pawagam dengan sekuel keduanya berjudul Peninsula.
Sejak berita mengenai Peninsula dihebahkan ternyata rata-rata pengikut filem Train To Busan sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem aksi tersebut.
Malah trailer rasmi Peninsula yang dimuat naik di YouTube juga turut mendapat sambutan hangat.
Walaupun hanya sedutan pendek namun lakonan mantap Kang Dong Won dengan aksi mendebarkan sudah cukup untuk membuatkan penonton ‘resah’ menunggu tarikh tayangan Peninsula.
Dalam perkembangan terbaharu, tarikh rasmi untuk tayangan filem berkenaan sudah pun dikeluarkan.
Peninsula akan ditayangkan secara eksklusif di Korea Selatan pada 15 Julai depan manakala tayangan di Malaysia bermula 16 Julai.
Selain Kang Dong Won, filem arahan Yeon Sang Ho ini juga dibintangi oleh Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won.
Terdahulu, filem pertama Train To Busan yang dikeluarkan pada tahun 2016 cemerlang dengan kutipan berjumlah USD 87 juta (RM359 juta).
Pencapaian hebat itu bukan sahaja tercatat di Korea Selatan malah menjadi filem pecah panggung seluruh dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video