Penyanyi rap dan juga anggota Running Man, HaHa memdedahkan telah mencukur rambutnya sehingga botak.

Perkara itu didedahkan HaHa menerusi video terbaharu di saluran YouTube rasmi miliknya semalam.

Menurut HaHa tindakan itu dilakukan kerana kalah dalam pertaruhan dengan peminatnya.

“Selamat tahun baru. Ramai yang bertanya bila saya patut mencukur rambut. Sebenarnya saya dah pun cukur.

“Video berkenaan saya mencukur rambut akan didedahkan pada 10 Februari ini pada Khamis! Enjoy okay,” tulisnya.

Bagi yang tidak tahu, pertaruhan bermula pada Ogos lalu apabila HaHa menyahut cabaran untuk bermain permainan League of Legend bersama Jung Jun Ha.

Sebelum memulakan projek baharu ini, HaHa membuat pertaruhan dengan pengikut dan peminatnya bahawa dia akan mencapai kedudukan peringkat perak.

Jung Jun Ha kemudiannnya menyertai pertaruhan dan mula bermain bersama HaHa.

HaHa dan Jung Jun Ha bertaruh bahawa mereka akan mencukur kepala mereka jika mereka tidak berjaya dapat mencapai pangkat perak.

Bagaimanapun kedua-duanya gagal dan hanya berjaya ke peringkat gangsa.

Walaupun gagal namun peminat memuji HaHa kerana menepati janji dengan mencukur kepalanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU