Artis Korea

“Harap Watak Saya Yang Lain Akan Disukai” - Jadi Perampas Suami Orang, Han So Hee Di Benci

gempak
Mya Amri
12/05/2020
14:30 MYT
Sponsor Banner
“Harap Watak Saya Yang Lain Akan Disukai” -  Jadi Perampas Suami Orang, Han So Hee Di Benci
Pelakon drama popular The World Of The Married, Han So Hee berharap karakter lain yang dibawakan selepas ini disukai penonton.
Menurut So Hee, dia mengidamkan watak yang lebih santai dan tidak mempunyai terlalu banyak konflik dalaman. “Daripada kisah percintaan yang melampau, saya mahu berlakon dalam kisah percintaan yang realistik.
“Saya mahu berlakon dalam sebuah kisah di mana orang yang sama umur, masalah diselesaikan dengan stabil sekiranya konflik timbul, dan ia berakhir dengan kisah yang bahagia. “Saya juga berharap karakter saya untuk drama seterusnya tidak dibenci dan disukai penonton,” katanya.
Terdahulu, Han So Hee semakin dikenali selepas membawakan watak perampas suami orang dan pemusnah rumah tangga, Yeo Da Kyung. Untuk rekod, The World Of The Married berjaya mencatatkan rating tertinggi dan mengalahkan drama popular Sky Castle serta Itaewon Class.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024