Pelakon terkenal Korea, Hyun Bin disahkan bakal muncul dengan filem sensasi box office berjudul Confidential Assignment 2: International.

Berita itu disahkan oleh pihak produksi CJ Entertainment menerusi satu kenyataan hari ini.

"Sekuel filem hit Confidential Assignment, Confidential Assignment 2: International telah mengesahkan barisan pelakon utama yang terdiri daripada Hyun Bin, Yoo Hae Jin, YoonA, Daniel Henney dan Jin Sun Kyu,” katanya.

CJ Entertertainment juga memaklumkan penggambaran filem tersebut akan dimulakan pada Februari depan.

Terdahulu, Confidential Assignment yang ditayangkan pada tahun 2017 telah menjadi filem pecah panggung di Korea.

Dengan mengumpulkan sebanyak 7.81 juta penonton, menyebabkan timbulnya khabar angin mengenai kemungkinan sekualnya.

Pelakon asal filem tersebut adalah Hyun Bin, Yoo Hae Jin, dan YoonA manakala barisan wajah baru pula adalah Daniel Henney dan Jin Seon Kyu.

Sumber: Koreaboo / Allkpop