Artis Korea

“Ingat Nampak Cool…” Selepas Pendedahan Mangsa, Park Kyung Akhirnya Mengaku Kaki Buli

Mya Amri
01/10/2020
09:45 MYT
Anggota kumpulan Block B, Park Kyung akhirnya mengaku dia merupakan seorang kaki buli sewaktu zaman persekolahannya.
Park Kyung tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kekhilafannya selain berasa menyesal kerana melukai pihak tertentu.
Penyanyi itu menyatakan permohonan maaf menerusi coretan panjang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Mendedahkan kisahnya buat pertama kali, Park Kyung menjelaskan dia mula bergaul dengan pembuli kerana tidak suka dengan gelaran imej pelajar contoh yang diberikan kepadanya.
“Sewaktu di sekolah rendah, saya adalah seorang yang hanya tahu belajar. Namun, saya juga tidak tahu kenapa saya diejek dan dipandang rendah oleh mereka yang sebaya hanya disebabkan perkara itu.
“Sebaik sahaja memasuki sekolah menengah, saya tidak sukakan gelaran pelajar contoh yang diberikan kepada saya.
“Saya benci menjadi pelajar contoh dan saya sukakan perhatian. Jadi saya mula mencari mereka yang ‘nakal’ dan bergaul dengan mereka untuk nampak cool. Tetapi sebaliknya saya telah melakukan perkara yang memalukan.
“Saya fikir jika saya berkawan dengan mereka, orang tidak akan dapat melakukan perkara atau melayan saya dengan buruk.
"Saya sangat kesal dengan sifat tidak matang sewaktu zaman remaja saya itu. Saya faham dalam kesibukan saya ketika ini, pasti mereka yang telah saya lukai tidak akan pernah melupakan kenangan pahit itu.
“Saya mohon mereka yang terluka menghubungi saya atau agensi saya. Saya harap dapat bertemu anda dan memohon maaf secara peribadi.
“Walaupun pada ketika ini saya takut anda melihat saya sebagai seorang yang berpura-pura atau pun seseorang yang kehidupan lampaunya tidak menyamai dengan kelakuan pada masa kini, saya tetap memohon keampunan.
“Saya terbuka untuk menulis tentang perkara ini sebagai cara terbaik untuk saya memohon maaf secara terbuka dan ikhlas berbanding meminta agensi yang keluarkan kenyataan,” coretnya panjang lebar.
Terdahulu, beberapa individu telah mendedahkan rekod lampau Park Kyung yang pernah terbabit sebagai kaki buli sewaktu di sekolah menengah.
Pendedahan itu dilakukan oleh individu yang pernah bersekolah dengannya.
Individu itu mendakwa Park Kyung memeras wang daripada pelajar yang lemah di belakang pagar sekolah.
Selain itu, dia juga turut merokok, mengambil alkohol dan kerap mengeluarkan kata-kata kesat.
Lebih mengejutkan, individu itu turut mendedahkan Park Kyung pernah melakukan hubungan intim sewaktu masih bergelar pelajar.
Park Kyung juga digeruni kerana suka memukul rakan sekelas terutama yang berbadan kecil.
Dalam perkembangan lain, Park Kyung juga baru-baru ini didakwa menfitnah kerana menuduh pelbagai artis melakukan Sajaegi iaitu memanipulasi carta.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Allkpop
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.