Artis Korea

“Ingatkan Perempuan, Rupanya Saya Yang Jadi Gumiho” – Lee Dong Wook

gempak
Mya Amri
05/11/2020
02:15 MYT
Sponsor Banner
“Ingatkan Perempuan, Rupanya Saya Yang Jadi Gumiho” – Lee Dong Wook
Pelakon terkenal Korea, Lee Dong Wook tidak menyangka akan membawakan watak sebagai seorang gumiho dalam drama terbaharu berjudul Tale of the Nine Tailed.
Dong Wook mendedahkan pada mulanya dia menyangka watak itu akan diberikan kepada pelakon wanita.
“Saya boleh katakan watak itu agak berlainan dan unik. Pada mulanya, ketika mendapat tawaran drama itu saya juga tertanya-tanya siapakah pelakon wanita yang bakal menjadi menjalankan tanggungjawab untuk membawakan watak gumiho.
“Namun lain pula jadinya apabila pihak produksi memberitahu peranan gumiho itu sebenarnya diberikan kepada saya. Ingatkan perempuan rupa-rupanya saya.
“Jadi disebabkan perkara itu, saya benar-benar tertarik dengan dengan naskhah ini,” jelasnya.
Selain Dong Wook, pelakon lain yang membintangi drama berkenaan adalah Jo Bo Ah dan Kim Bum.
Tale of the Nine Tailed merupakan sebuah drama fantasi yang mengisahkan tentang gumiho lelaki bernama Yi Yeon (Lee Dong Wook) yang menetap di kota.
Seorang pengarah produksi, Nam Ji Ah (Jo Bo Ah) bertekad untuk mencari rubah jadian itu manakala Kim Bum pula memainkan peranan sebagai adik tiri Yi Yeon yang dengki dengan abangnya.
Gumiho merupakan satu makhluk mitos Korea Selatan yang terkenal. Gumiho juga digambarkan sebagai seekor rubah berekor sembilan yang memakan hati manusia untuk berubah menjadi manusia.
Jangan lupa saksikan Tale of the Nine Tailed setiap Khamis dan Jumaat, jam 9:45 malam di tvN (saluran 395).
Drama ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan iQIYI App.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024