Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

It’s Okay To Not Be Okay Calon Drama Terbaik 2020, Bakal Kalahkan The World Of The Married?

Mya Amri
08/07/2020 13:29 MYT
Drama Korea tebaharu berjudul It’s Okay To Not Be Okay semakin menjadi bualan netizen sejak episod pertama ditayangkan.

Menampilkan pelakon hebat Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji sebagai watak utama ternyata membuahkan hasil dan memberi impak kepada penonton.

Selain keserasian antara dua pelakon utama, drama ini juga mendapat perhatian kerana mengetengahkan isu kesihatan mental.

Walaupun baru beberapa episod bersiaran, It’s Okay To Not Be Okay juga berjaya menduduki tangga pertama dalam slot waktu di semua saluran kabel antaranya dari segi demografi utama penonton berusia 20 hingga 49 tahun.

Dalam pada itu, netizen juga berpendapat It’s Okay To Not Be Okay bakal menjadi salah satu calon bagi drama terbaik tahun 2020 bersama dengan drama popular The World Of The Married.

Untuk rekod, The World Of The Married telah berjaya memintas drama popular Sky Castle yang sebelum ini merupakan pemegang rekod tertinggi saluran kabel.

Malah rating The World Of The Married juga merupakan yang tertinggi dan belum pernah dicapai bagi mana-mana drama dalam saluran kabel Korea antaranya tvN, JTBC, dan OCN.

Adakah ramalan netizen bakal menjadi kenyataan?






Jangan lupa saksikan The World Of The Married setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10:30 malam di Hello (saluran 702).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Artis Korea #It's Okay To Not Be Okay #TWOTM