Artis Korea

Jang Nara Nak Kahwin Dah, Bakal Suami Enam Tahun Lebih Muda

gempak
Mya Amri
10/06/2022
09:55 MYT
Sponsor Banner
Jang Nara Nak Kahwin Dah, Bakal Suami Enam Tahun Lebih Muda
Pelakon terkenal Korea, Jang Nara bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Berita gembira itu diumumkan Jang Nara menerusi laman web rasminya baru-baru ini.
Menurut Jang Nara yang juga merupakan pelakon drama Sell Your Haunted House itu memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati berumur enam tahun lebih muda daripadanya.
“Selepas dua tahun berkenalan dengan lelaki yang enam tahun lebih muda daripada saya, kami berjanji untuk menjadi pasangan yang saling melengkapi sehingga hujung nyawa.
“Dia bekerja dalam bidang pembikinan video. Saya jatuh cinta dengan senyumannya yang manis, hati yang tulus dan mencurahkan segala keikhlasan dalam segala kerja dilakukannya.
“Hakikat bahawa saya akan menghabiskan hidup saya dengan orang yang hebat ini membuatkan saya sangat gembira sehingga tidak mahu meminta apa-apa lagi.
“Saya ingin berkongsi kegembiraan bersama anda semua yang sangat berharga buat saya. Kami akan hidup bahagia dan gembira,” tulisnya.
Dalam pada itu, Jang Nara juga memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai tunangnya.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai tunang saya. Dia bukanlah seorang selebriti dan berkemungkinan akan berasa tidak selesa untuk bekerja disebabkan saya.
“Saya harap anda semua dapat memahaminya. Terima kasih,” coretnya.
Jang Nara yang kini berusia 41 tahun mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya sebaik sahaja mengumumkan perkahwinannya.
Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live