Pelakon terkenal Korea, Kim Woo Bin tidak mempunyai mana-mana akaun media sosial peribadi.

Perkara itu disahkan oleh agensinya AM Entertainment hari ini.

Menurut agensinya, akaun palsu Woo Bin banyak di temui di media sosial dan berharap peminat tidak terpedaya dengan perkara itu.

“Sejak kebelakangan ini banyak akaun palsu yang melibatkan artis kami, Kim Woo Bin telah dijumpai dan menyebabkan kekeliruan dikalangan peminat.

“Untuk pengetahuan, Woo Bin tidak mempunyai sebarang akaun peribadi termasuklah Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya.

“Kami ingin memaklumkan hanyan AM Entertainment sahaja yang mempunyai akaun Instagram rasmi. Setiap perkembangan terbaharu Woo Bin akan dimaklumkan melalui akaun ini.

“Sekali lagi ingin ditegaskan, tidak ada akaun rasmi Woo Bin yang wujud. Jadi sila berhati-hati dan jangan tertipu dengan akaun-akaun palsu,” jelas wakilnya.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi