Kakak kepada anggota kumpulan BTS, J-Hope, Jung Jiwoo kini berada di bawah naungan Cube Entertainment.

Berita itu disahkan sendiri oleh wakil Cube Entertainment.

“Jung Jiwoo telah menandatangani kontrak eksklusif bersama kami dan menjadi sebahagian daripada keluarga ini.

“Mohon berikan sokongan kepada Jung Ji Woo di masa akan datang bersama Cube Entertainment,” ujarnya.

Jung Jiwoo merupakan personaliti media sosial dalam bidang fesyen, YouTuber dan juga ahli perniagaan.

Dia juga mempunyai jenama dan rangkaian fesyen sendiri termasuklah online shopping mall di bawah nama MEJIWOO.

Jiwoo juga sehingga kini cukup terkenal dalam kalangan peminat BTS.


Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari Gempak Chingu