Anggota kumpulan 2PM, Junho telah pun menamatkan latihan khidmat ketenteraannya pada Sabtu.

Sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang menunggu kepulangannya, Junho telah melakukan siaran langsung menerusi aplikasi V Live pada Ahad.

Menerusi siaran langsung itu, Junho juga telah menjawab beberapa pertanyaan daripada para peminat.

Istimewanya lagi, V Live itu turut disertai oleh anggota 2PM yang lain kecuali Taecyeon.

Difahamkan Taecyeon tidak dapat hadir kerana jadualnya yang padat.

Dalam pada itu, peminat juga menyatakan rasa tidak sabar menantikan kemunculan semula 2PM.

Dengan kehadiran Junho ini bermaksud kesemua anggota 2PM telah menyempurnakan khidmat ketenteraan mereka.

BACA: Bakal Buat Kemunculan Semula, 2PM Hanya Tunggu Kepulangan Junho!

BACA: Setelah Cubaan Pertama Gagal, Taecyeon Komen Comeback 2PM Tahun Ini


Pada awal tahun ini, agensi mereka iaitu JYP Entertainment mengumumkan 2PM bakal membuat kemunculan semula selepas kesemua ahli mencukupi.

Malah 2PM sendiri juga memaklumkan berita gembira mengenai perkara itu menerusi akaun Twitter rasmi sekitar Januari lalu.

Mereka memberitahu akan kembali aktif selepas kepulangan anggota kumpulan terakhir mereka iaitu Junho.

2PM yang dianggotai oleh Nickhun, Taecyeon, Wooyoung, Junho, Chansung dan Jun. K ini ditubuhkan pada 4 September 2008.