Pelakon drama popular Crash Landing On You, Son Ye Jin dinobatkan sebagai Wanita Paling Jelita bagi tahun 2020.

Berita itu diumumkan oleh laman web hiburan terkemuka dunia yang menjadi platform undian untuk pelbagai kategori selebriti, Starmometer.

Pengiktirafan itu diberi berdasarkan jumlah undian secara atas talian dibuat Starmometer sejak 4 April lalu yang mengumpul 14 juta undian.

Malah aktres berusia 38 tahun ini juga telah mengalahkan anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Lisa yang menduduki tempat kedua.




Menurut laman web Starmometer, pencalonan bagi kategori itu terbuka untuk semua wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun dari seluruh dunia.

Selain kecantikan, kriteria lain yang turut diambil kira ialah daya tarikan dan juga populariti.

Turut disenarai dalam 10 teratas adalah pelakon Song Hye Kyo, anggota BLACKPINK iaitu Jisoo, Rosé dan Jennie, Sana TWICE, dan pelakon Filipina, Liza Soberano.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU