gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hadir Di Acara Pelancaran Minggu Fesyen KL Mens, Aliff Aziz ‘Lari’ Dari Ditemu Bual Media
VIRAL
Keluarga Ireland Sanggup Beli Snek Malaysia Harga Hampir RM8 Sepeket - “Anak Saya Suka Super Ring”
HIBURAN
Asian Pop Stars Bakal Cipta Bintang Bertaraf Dunia, Lapan Finalis Dilatih Di Akademi Antarabangsa
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

Ernalisa
Ernalisa
22/11/2024
05:25 MYT
Sponsor Banner
Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

BERITA BERKAITAN:Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

​BERITA BERKAITAN:Tular Video Lelaki Disondol & Digigit Khinzir Liar, Alami Kecederaan Di Bahagian Pinggang - “Ingatkan Anjing Je Macam Itu, Rupanya…”

​BERITA BERKAITAN:Mohon Maaf Jika Menggores Hati Orang, Keadaan Kesihatan Ebby Yus Semakin Merosot - “Saya Dah Bersedia Apa Saja Yang Berlaku

Ia seperti permulaan dalam kehidupan baharu apabila pembedahan pemindahan buah pinggang (transplant) yang dijalani dia dan ayahnya pada Selasa lepas berjaya.
Mohamad Zulkifli Ayub, 27, berkata, buah pinggang sebelah kiri ayah diambil dan dimasukkan kepadanya bagi menggantikan yang telah rosak. Menurutnya, ayah nekad untuk menjadi penderma selepas melihat dia kepenatan bekerja sebagai doktor dan dalam masa sama perlu berulang-alik melakukan dialisis.

"Dia kesian tengok saya dan akhirnya dia bersetuju untuk menderma buah pinggang.

"Bermula dari situ, ayah beransur-ansur berhenti merokok hingga berhenti terus kerana untuk menjadi penderma seseorang tidak boleh merokok walhal dia perokok tegar.
"Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat peluang kedua untuk hidup tanpa dialisis. Izinkan saya menangis kegembiraan walaupun dalam kesakitan.
"Selepas empat tahun saya tidak menghasilkan urine, akhirnya saya menghasilkan hampir tiga liter sehari," ujarnya.
Tambah Zulkifli, dia dan ayahnya kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan yang mengambil masa kira-kira lapan jam.
Jelasnya, mereka dimasukkan dalam dewan bedah bermula jam 7 pagi hingga 3 petang dan sedarkan diri pada jam 6 petang.
Ayah dan saya dimasukkan unit rawatan rapi (ICU) dan kini kami sudah boleh berjalan," ujarnya.
Dalam pada itu, Zulkifli turut menasihati orang ramai agar mendaftar sebagai penderma organ.

"Jika ada anak, suami, isteri, adik-beradik yang sakit seperti saya dermalah untuk mereka agar mendapat kehidupan yang lebih baik," katanya.

Topic Berkaitan
#Bapa
#Derma
#Buah
#Pinggang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement