Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kalau Asyik Potong Je, Jadi Macam TikTok Dah” – HaHa & Jae Suk Tak Puas Hati, Masa Tayangan Running Man Makin Pendek

Mya Amri
27/09/2022 15:00 MYT
Anggota Running Man, HaHa dan Yoo Jae Suk mempersoalkan tentang tempoh penayangan program popular itu yang semakin pendek.

Mereka meluahkan perkara itu dalam episod terbaharu Running Man yang bersiaran baru-baru ini.

Dalam episod tersebut, anggota Running Man dikehendaki menjalani hukuman penalti terakhir untuk projek jangka panjang iaitu Projek Penalti Tidak Bernasib Baik.

Namun pada ketika itu, masa tayangan Running Man dipendekkan daripada biasa disebabkan tayangan episod pertama program SBS Sing For Gold bersiaran.

“Kenapa kita bermula 10 minit awal dan habis awal?” soal Jae Suk.

“Jika program kita ini asyik dipotong sebegini, akhirnya ia akan menjadi seperti TikTok. Jika saya muncul dalam waktu yang singkat, adakah bayaran kemunculan saya dalam Running Man akan berkurangan?” luah HaHa.

Bagaimanapun pihak produksi memberikan jaminan tidak akan berlaku perkara seperti itu.

“Tidak akan ada perkara seperti itu, kami janji,” ujar produser Running Man.

Jangan lupa saksikan Running Man, setiap Jumaat di ONE (saluran 393), jam 11 malam.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
#Running Man #Yoo Jae Suk #Artis Korea #Haha #Masa Tayangan Pendek
;