Artis Korea

Kang Soo Yeon Meninggal Dunia

gempak
Mya Amri
09/05/2022
07:30 MYT
Sponsor Banner
Kang Soo Yeon Meninggal Dunia
Pelakon Korea, Kang Soo Yeon dilaporkan telah meninggal dunia di usia 55 tahun.
Menurut laporan media hari ini, Soo Yeon ditemui dalam keadaan dirinya terkena serangan jantung kira-kira jam 5 petang pada 5 Mei lalu di kediamannya yang terletak di Apgujeong, Gangnam, Seoul.
Selepas menerima rawatan pertolongan kecemasan Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR), Soo Yeon terus dikejarkan ke hospital berdekatan dan menerima rawatan susulan namun masih tidak sedarkan diri.
Media juga memaklumkan pada tarikh yang sama, Soo Yeon juga ada menghubungi talian kecemasan kerana mengalami sakit kepala.
Pada tanggal 7 Mei bersamaan hari Sabtu, pelakon ini akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan keluarga di Gangnam Severance Hospital.
Antara selebriti yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir adalah pengarah filem Parasite, Bong Joon Hoon, pelakon Kim Hye Soo dan juga Moon Geun Young.
Upacara pengebumiannya akan berlangsung pada Rabu, 11 Mei 2022.
Untuk info, Soo Yeon baru sahaja menamatkan penggambaran untuk filem terbaharu Netflix berjudul JUNG_E.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live