Artis Korea
Kecoh BTS RM Jadi Lelaki Terkacak Dunia Kalahkan Henry Cavill, Tapi Sebenarnya Ini Yang Berlaku
Penganjur 100 Lelaki Paling Kacak Dunia, TC Candler menafikan anggota kumpulan BTS iaitu RM, dinobatkan sebagai lelaki terkacak dunia menewaskan pelakon Hollywood terkenal, Henry Cavill.
TC Candler dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya masih belum lagi mengeluarkan senarai pemenang seperti yang diperkatakan sebelum ini.
"Kepada sesiapa yang bertanya dan menyebarkan 'meme' itu, kami belum pun keluarkan senarai akhir untuk tahun 2022.
Advertisement
“Kami hanya mengeluarkan senarai penuh Top 100 pada akhir Disember nanti.
"Walaupun kami sangat kagum dengan RM dan Henry Cavill, tiada siapa antara mereka sudah dipilih sebagai pemenang atau memasuki Top 5.
“Belum ada sebarang keputusan untuk tahun 2022 sebelum kami buka undian pada Disember.
"Jika anda ternampak 'meme' atau berita mengenai perkara ini tular di media sosial, tolong abaikan dan jangan kongsi," jelas kenyataan itu.
Terdahulu, kecoh apabila foto RM atau nama sebenarnya Kim Nam Joon bersama Cavill menjadi tular dan dikatakan ketua kumpulan BTS itu diumumkan sebagai pemegang baharu gelaran tersebut.
Sebelum ini, anggota kumpulan BTS, V dinobatkan sebagai lelaki terkacak pada tahun 2017 manakala anggota termudanya, Jungkook memegang gelaran itu pada tahun 2019.
Senarai tahunan 100 Wajah Paling Tampan itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.
Penganjurannya juga diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Must-Watch Video