Pihak polis memberikan perkembangan terbaharu mengenai kes kematian penyanyi Rap Kora, Iron.

Menurut laporan media, setakat ini polis masih belum menjumpai sebarang bahan bukti berkaitan dengan kematian Iron.

“Buat masa ini tidak ada suspek atau tanda-tanda berkaitan dengan pembunuhan. Bagaimanapun kami tidak dapat mengesahkan kematian itu sebagai bunuh diri kerana kes ini masih lagi dalam siasatan.

Malah pegawai polis bertugas juga menyatakan tidak menemui sebarang nota bunuh diri.

Dalam perkembangan terbaharu, pihak keluarga Iron mengambil keputusan untuk tidak melakukan proses bedah siasat ke atas mendiang.

BACA: Badan Berlumuran Darah, Rapper Korea, Iron Ditemui Mati Di Luar Apartment

Terdahulu, Iron ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di luar pangsapurinya oleh pengawal keselamatan yang bertugas sekitar pukul 10.25 pagi semalam (25 Januari 2021)