Artis Korea

“Kenapa Da Kyung Nak Kena Perangai Macam Tu” - Han So Hee Kesian Dengan Watak Sendiri

Mya Amri
06/05/2020
11:30 MYT
Pelakon drama popular The World of The Married”, Han So Hee akui kesian dengan watak Yeo Da Kyung yang dibawanya.
So Hee berkongsi pendapatnya menerusi satu temubual bersama Dazed Magazine baru-baru ini.
“Sewaktu saya mula-mula membaca skrip untuk drama ini saya rasa simpati dengan Da Kyung.
“Saya terfikir kenapa sampai satu tahap dia kena berperangai seperti ini? Tolak tepi keluarga, cara orang-orang disekeliling memandangnya dan juga sikap sombongnya,” kongsinya.
Dalam pada itu, So Hee juga berkongsi caranya menghayati watak Da Kyung.
“Disebabkan saya membawakan watak seperti itu jadi saya harus memahami Da Kyung dengan lebih baik supaya karakter itu nampa benar.
“Banyak yang saya fikirkan untuk menghayati watak itu dan daripada apa yang saya nampak, Da Kyung adalah seorang wanita yang sanggup melakukan apa sahaja demi cunta terhadap Tae Oh. “Jadi saya putuskan untuk memberikan fokus pada bahagian tersebut. Untuk Da Kyung, kata kunci yang bermain difikirannya adalah ‘cinta’ sebelum ‘suami orang’.
“Namun penonton menganggap kata kunci ‘suami orang’ yang muncul terlebih dahulu sebelum ‘cinta’.
“Saya rasa inilah perbezaan terdapat antara cara saya memahami watak Da Kyung dan cara penonton melihatnya,” jelas So Hee. Terdahulu, The World Of The Married berjaya mencatatkan rating tertinggi dan mengalahkan drama popular Sky Castle serta Itaewon Class.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.