Artis Korea

The King Is Back! Sepi Tiga Tahun, G-Dragon Bakal Muncul Dengan Album Solo

gempak
Mya Amri
02/11/2020
11:15 MYT
Sponsor Banner
The King Is Back! Sepi Tiga Tahun, G-Dragon Bakal Muncul Dengan Album Solo
Penyanyi K-Pop terkenal G-Dragon bakal membuat kemunculan semula selepas tiga tahun.
Bagaimanapun kemunculannya itu bukanlah bersama dengan kumpulan BIGBANG, sebaliknya sebagai penyanyi solo.
Menurut laporan eksklusif Osen, G-Dragon kini sedang fokus membuat persiapan untuk album terbaharunya.
Dalam pada itu, YG Entertainment menerusi kenyataan kepada YTN Star juga mengesahkan perkara itu.
Malah G-Dragon juga dilihat sering berulang-alik dari agensinya, YG Entertainment ke studio YGX serta The Black Label.
Terdahulu, G-Dragon yang juga merupakan ketua kumpulan BIGBANG ini sudah lama tidak muncul dengan sebarang aktiviti seni.
Kali terakhir karyanya adalah pada bulan Jun 2017. Saat itu beliau mengeluarkan album solo berjudul Kwon Jiyong.
Sementara itu, G-Dragon mengeluarkan lagu bersama BIGBANG adalah pada Mac 2018.
G-Dragon kemudian menjalani latihan khidmat tentera pada 27 Februari 2018.
Pada Oktober 2019, pemilik nama sebenar Kwon Jiyong ini telah tamat menjalani latihan tentera dan mengambil keputusan untuk berehat seketika.
Awal bulan Mac tahun ini, G-Dragon mengambil keputusan untuk memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment.
Sekadar info, G-Dragon sudah bersama dengan YG Entertainment selama 20 tahun bermula sebagai pelatih yang kemudiannya menjadi artis terkenal dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live