Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kris Wu Nafi Dakwaan Perkosa 30 Gadis Termasuk Bawah Umur - “Hanya Jumpa Sekali Itu Pun Di Majlis Dengan Kawan”

Mya Amri
19/07/2021 06:07 MYT
Bekas anggota kumpulan EXO, Kris Wu menafikan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap 30 orang termasuk seorang gadis di bawah umur.

Kris memberikan kenyataan berhubung perkara itu menerusi akaun social media, Weibo miliknya.

Menurut Kris, dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang didakwa oleh wanita berkenaan dan segala tuduhan yang dilemparkan juga tidak benar.

“Saya tidak memberikan sebarang kenyataan sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses undang-undang yang telah dijalankan tetapi saya tidak sangka bahawa keputusan saya untuk berdiam diri menyebabkan semakin banyak serangan khabar angin yang saya terima. Saya telah mencapai had saya!

“Saya hanya bertemu dengannya sekali pada 5 Disember 2020 itu pun dalam satu majlis perjumpaan bersama rakan-rakan.

“Saya tidak pernah menawarkan minuman, tidak mengambil nombor telefonnya dan tidak ada ‘butiran’ yang dinyatakan itu pernah berlaku. Ramai orang yang berada di perjumpaan itu akan dapat mengesahkan perkara ini.

"Saya tidak pernah melakukan perkara seperti memikat seseorang dan memperkosa mereka. Hal yang sama juga tidak pernah berlaku untuk gadis di bawah umur.

“Sekiranya ada tindakan seperti itu, jangan risau, saya akan masuk penjara sendiri! Saya akan bertanggungjawab atas kata-kata saya ini,” jelasnya tegas.


Terdahulu, seorang wanita bernama Du Meizhu yang berusia 19 tahun mendakwa Kris telah merogolnya dan 30 gadis lain, termasuklah remaja bawah umur.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Allkpop, Koreaboo,

#Artis Korea #Kris Wu #Gangguan Seksual #Gempak Chingu #Gadis Bawah Umur #Dakwaan Rogol
;