Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lakonan Mantap Sebagai Lelaki Istimewa, Lee Kwang Soo Dinobat Pelakon Pembantu Terbaik

Mya Amri
12/03/2021 05:55 MYT
Pelakon dan anggota Running Man Lee Kwang Soo merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di 40th Golden Cinema Film Festival yang berlangsung semalam.

Kwang Soo dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik kerana kehebatan lakonannya sebagai Dong Gu dalam filem Inseparable Bros.

Menurut Kwang Soo, dia berbesar hati menerima anugerah berkenaan dan berjanji untuk melakukan yang lebih baik selepas ini.

“Dapat menghadiri festival ini pun sudah cukup untuk buat saya rasa berbesar hati apatah lagi apabila menerima anugerah bermakna seperti ini.

“Saya benar-benar ingin mengucapkan berterima kasih kepada semua pihak yang sudah bekerja keras dan terlibat dalam filem ini. Saya rasa sangat bertuah dan gembira dapat bekerja dengan anda semua.

“Selepas ini saya akan berusaha lebih keras lagi dan menunjukkan sisi terbaik saya untuk anda. Saya akan menjadi seorang Lee Kwang Soo yang sering melakukan semua perkara dengan terbaik,” ujarnya.


Sebelum ini Kwang Soo juga telah menerima anugerah Pelakon Pembantu Filem Lelaki Terbaik di Anugerah Baeksang Art Award 2020 untuk filem yang sama.

Kwang Soo dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori itu menerusi filem Inseparable Bros di mana dia membawakan watak Dong Gu iaitu lelaki kelainan upaya yang mempunyai pemikiran seperti kanak-kanak berusia 5 tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

#Lee kwang Soo #Artis Korea #40th Golden Cinema Film Festival #Best Supporting Actor #Pelakon Pembantu Terbaik #Inseparable Bros